Menjadikan kulit wajah seunik diri anda
Anda perlu mengetahui tahu jenis kulit anda untuk mencari krim muka yang boleh disesuaikan dengan keperluan kulit anda. Ini adalah satu-satunya cara untuk memilih produk penjagaan muka yang serasi dengan kulit anda. Adakah kulit anda sering berasa tegang dan kering? Adakah anda cenderung untuk mengalami masalah kulit? Adakah anda sensitif terhadap cahaya terang atau suhu melampau? Jenis kulit kombinasi, kulit kering, kecelaan kulit, kulit normal atau kulit sensitif: pilih krim muka yang paling sesuai dengan keperluan anda dari rangkaian produk penjagaan muka NIVEA. Melindungi kulit kering dengan penghidratan intensif, memanjakan kulit sensitif dengan formula yang sangat lembut dan menghidarkan kulit dari kecelaan dan kulit berminyak dengan berkesan.
Penjagaan khusus untuk keperluan khas
Semakin kita berusia, kulit kita akan turut mengalami perubahan. Pertumbuhan semula sel-sel kulit baharu menjadi lebih perlahan dan penghasilan kolagen semakin berkurang menyebabkan kulit kehilangan kelembapan dan keanjalan. Pusat Penyelidikan Kulit NIVEA telah mencipta krim muka khas untuk keperluan kulit matang. Formula inovatif jelas mengurangkan kedutan, menghalang kedutan baharu daripada terbentuk dan memberikan penampilan yang lebih segar dan muda. Sinaran UV matahari merupakan faktor penting yang mempengaruhi penuaan pramatang. Kulit sentiasa terdedah kepada sinaran UV dalam kehidupan seharian kita. Terdapat banyak produk penjagaan harian NIVEA dengan SPF 15 atau 30 dan penapis UVA khas dihasilkan atas sebab ini. Bagi mereka yang bukan sahaja mahu melindungi kulit tetapi juga mahu menjadikan tona kulit lebih sekata, krim muka berwarna adalah jawapannya. NIVEA mempunyai pelembap berwarna untuk pelbagai jenis kulit. Krim BB memastikan kulit kelihatan sempurna - bukan sahaja memberikan kelembapan dan perlindungan, tetapi pada masa yang sama memastikan kemasan akhir yang cantik dan menyembunyikan kecelaan kulit dengan sentuhan solekan.
Rutin penjagaan kulit yang komprehensif oleh NIVEA
Menjadikan penjagaan kulit sebagai rutin sangat penting bagi memastikan kulit anda kelihatan cantik dan berseri untuk tempoh yang panjang. Ini termasuk penggunaan krim muka waktu malam dan produk penjagaan khas untuk mata sebagai tambahan kepada penggunaan krim muka pada siang hari. Sentiasa pilih produk daripada rangkaian produk penjagaan kulit yang sama. Dengan cara ini anda boleh berasa tenang dengan kandungan dalam produk yang secara amnya sesuai dengan keperluan kulit. Anda dan akan dapat merasa kesan yang diinginkan mencapai tahap optimum. Pembersihan yang betul juga merupakan sebahagian daripada penjagaan muka. Sama ada tisu pembersih muka, gel atau scrub - anda perlu pastikan anda menggunakan produk yang disesuaikan untuk jenis kulit anda.