KEPENTINGAN MENJAGA KULIT BERJERAWAT
TIP UNTUK KULIT BERJERAWAT DAN BERMINYAK Kulit berminyak dan parut jerawat adalah masalah yang mencabar. Parut jerawat bintik hitam yang terlalu banyak boleh menyebabkan tekanan emosi. Namun, semua ini sudah berakhir. Kini, anda mampu memiliki wajah yang bersih tanpa cela walaupun kulit anda berminyak!
APA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG KULIT BERMINYAK
Kulit berminyak boleh menyebabkan penghasilan lebih banyak sebum dari sepatutnya. Terdapat pelbagai sebab mengapa ini terjadi: Kecenderungan genetik, stres dan ketidastabilan hormon atau gaya hidup yang tidak sihat, merangsang kelenjar sebum dan menyebabkan kekotoran pada kulit.
BAGAIMANA MENJAGA KULIT BERMINYAK
Kulit berminyak memerlukan perhatian yang lebih dan penjagaan khas. Pengeluaran sebum perlu dikawal supaya kulit kelihatan kurang berkilat, berjerawat dan bintik hitam(“blackheads”) tidak timbul. Walaupun anda mempunyai kulit berminyak, anda boleh mendapatkan kulit yang bersih dengan mengamalkan rutin penjagaan yang betul.
KAEDAH MEMERANGI JERAWAT
MASKER MUKA BUATAN SENDIRI
Sediakan masker muka dalam masa 1 minit