SEJARAH PENJAGAAN KULIT


MEMBONGKAR KISAH KEJAYAAN PENJAGAAN KULIT NIVEA YANG KEKAL SEPANJANG ZAMAN

Terdapat produk yang gagal manakala yang lain menjadi pilihan utama, merentasi generasi. Fahami penjagaan kulit dari zaman ke zaman untuk mempelajari bagaimana NIVEA Creme bersinonim dengan perlindungan dan penjagaan.

TEROKAI SEJARAH PENJAGAAN KULIT

Terdapat jurang perubahan rutin penjagaan kulit dari semasa ke semasa. Pelajari asal-usul penjagaan kulit dan ketahui bagaimana ia berkembang di seluruh dunia.

MENEROKA PENJAGAAN KULIT

Wanita telah menggunakan produk penjagaan kulit selama berabad lamanya. Rutin penjagaan kulit walau bagaimanapun telah banyak berubah merentas masa dan berbeza di serata benua. Abad ke-20 menandakan era kegemilangan produk penjagaan kulit di mana ia sentiasa tersedia untuk setiap wanita, bukan hanya untuk wanita daripada golongan atasan.


Seperti dalam dunia penjagaan kulit hari ini, fesyen datang dan pergi. Sebagai contoh, tahun 1920-an semua tertumpu kepada produk yang akan memberi kulit kelihatan muda. Ini adalah sebahagian daripada perasaan bersemangat yang diilhamkan oleh flappers pada masa itu. 


Tahun 1960-an menyaksikan pengenalan kepada penjagaan kulit pelbagai langkah - rutin pembersih, toner dan pelembap yang kita kenali hari ini. Menjelang tahun 1990-an, vitamin telah diperkenalkan dalam formula produk penjagaan kulit untuk membantu mengurangkan tanda-tanda penuaan.

PENJAGAAN KULIT SEPANJANG ZAMAN

Pada abad ke-16 dan ke-17, bahan semulajadi digunakan untuk produk penjagaan kulit dan kosmetik. Sebagai contoh, herba, alkohol dan tumbuh-tumbuhan digunakan untuk membuat toner dan salap untuk merawat masalah kulit. Pada masa itu, sabun castile hanya mampu dimiliki oleh golongan atasan.

PENJAGAAN KULIT DI SELURUH DUNIA

Minat wanita terhadap penjagaan kulit boleh dijejak sejak berabad lamanya, di seluruh dunia. Sebagai contoh, orang Mesir menggunakan minyak pati untuk mencipta krim anti-kedut mereka sendiri. Ketika tamadun Rom, scrub muka dengan bahan semula jadi seperti biji-bijian dan madu sangat popular untuk melicinkan kulit.

KISAH NIVEA - SEJARAH PENJAGAAN KULIT

NIVEA telah menjadi sebahagian daripada banyak keluarga selama lebih 100 tahun, memberi mereka sokongan dengan penuh keikhlasan, kesederhanaan dan bahan-bahan yang dipilih dengan teliti.

MEMPERKENALKAN NIVEA CREME

Semua orang mengenali tin biru, krim putih dan bau yang tiada tandingan. Malah, krim ini digemari dari generasi ke generasi, di seluruh dunia kerana kuasa melembap dan harumannya yang benar-benar unik, sinonim dengan perlindungan, penjagaan, kepercayaan dan kebahagiaan.

KISAH PENJAGAAN KULIT NIVEA

NIVEA bermula pada tahun 1890 apabila ahli farmasi Dr Troplowitz mengambil alih sebuah makmal untuk membuat persediaan perawatan dermatologi di Hamburg. Di sinilah Troplowitz bekerjasama dengan perunding saintifik dan pakar dermatologi, Profesor Unna untuk mencipta emulsi air dalam minyak yang pertama di dunia.

Mereka menemui asas salap baru yang dipanggil Eucerit ®. Ini adalah sejenis lilin yang terdapat pada bulu kambing biri-biri dan bertindak sebagai pengemulsi. Minyak dan air boleh distabilkan dengan salap ini dan dijadikan sebagai komponen asas krim yang berwarna putih salji buat pertama kalinya. Sebelum ini, emulsi bertindak balas terhadap perubahan suhu dan terpisah menjadi bahagian air dan minyak. 

Krim yang dihasilkan dirumus dengan lipid, minyak dan bau unik yang telah dilancarkan pada tahun 1911. Ini menandakan permulaan kisah sebuah jenama yang tiada tandingannya.

IMPAK NIVEA CREME

Apabila ia dilancarkan, NIVEA Creme mencetuskan fenomena bukan sahaja dari segi inovasi produk tetapi juga dengan pembungkusannya.

Menggunakan mesin khas untuk membungkus krim ke dalam tin aluminium merupakan detik bersejarah dan titik tolak dalam dunia kosmetik moden.  

Tidak hairanlah krim seputih salji ini disukai ramai. Formula ini bukan sahaja digunakan sebagai losen badan, krim muka dan tangan, tetapi juga untuk menjaga kulit kanak-kanak, kerana kelembutannya. Sebelum NIVEA Creme dilancarkan pada tahun 1911, satu-satunya alternatif ialah air, sabun dan bedak. 

Tiga tahun kemudian, NIVEA Creme telah terjual di 34 negara. Hari ini, ia masih merupakan produk terlaris NIVEA, dengan lebih 15 bilion tin dijual sejak pelancarannya.

ADAKAH ANDA TAHU?

  • Tiada krim NIVEA lain lebih universal dan serba boleh selain daripada NIVEA Creme.
  • NIVEA Creme melindungi daripada kesan keadaan cuaca sejuk dengan menyediakan lapisan pelindung untuk kulit.
  • NIVEA Creme sesuai untuk semua jenis kulit.
  • NIVEA Creme berfungsi sebagai krim tangan, produk penjagaan muka dan losen badan.
  • NIVEA Creme bukan hanya sekadar krim — ia adalah sahabat dan penjaga terbaik kulit anda.