APAKAH FAKTOR PERLINDUNGAN MATAHARI YANG SAYA PERLUKAN?


CARI KRIM PELINDUNG MATAHARI TERBAIK UNTUK KULIT ANDA

Faktor perlindungan matahari menentukan keberkesanan dan selama mana tempoh krim pelindung matahari mampu melindungi kulit anda. Ketahui cara untuk mentaksir nilai faktor perlindungan matahari yang sesuai untuk jenis kulit anda.

SERONOK BERJEMUR DENGAN FAKTOR PERLINDUNGAN MATAHARI YANG TEPAT

FAKTOR PERLINDUNGAN MATAHARI (SPF)

Kita menyukai cahaya matahari, sama ada di pantai atau di lereng bersalji untuk bermain ski. Kita berseronok dan merasa hebat pada masa yang sama kiita tetap melindungi diri sendiri. Faktor perlindungan matahari (SPF) adalah salah satu perkara yang menentukan keberkesanan krim pelindung matahari. Produk perlindungan matahari NIVEA melindungi kulit daripada sinaran UV, mencegah daripada selaran matahari dan radikal bebas. Meskipun berjemur di bawah matahari menyeronokkan, semua orang amat sensitif kepada cahaya matahari dengan cara berbeza. Terdapat pelbagai jenis kulit bergantung pada warna kulit, rambut dan mata. Orang berkulit cerah perlu perlindungan daripada matahari yang lebih berbanding yang berkulit lebih gelap dan terdapat faktor perlindungan matahari yang sesuai untuk setiap jenis kulit.

Penting untuk anda tahu: SPF yang sesuai untuk kulit kita ditentukan oleh jumlah masa kulit dapat melindungi dirinya sendiri. Ini adalah tempoh di mana kulit terdedah kepada matahari tanpa mengalami selaran matahari. Bergantung pada jenis kulit, lokasi dan musim, tempoh purata masa adalah 5 hingga 30 minit.


Formula ini membantu anda menentukan faktor perlindungan matahari yang terbaik untuk anda – dan memilih produk perlindungan matahari yang betul membolehkan anda berehat di bawah sinaran matahari, sama ada ketika berada di pantai atau di kawasan pergunungan.
Faktor perlindungan matahari yang tinggi menambahkan keseronokan berjemur dan memastikan anda mendapat kulit sawo matang yang sihat. Faktor perlindungan matahari dibahagikan kepada kategori berikut: Rendah (6–10), sederhana (15–25), tinggi (30–50), sangat tinggi (50+).

APAKAH FAKTOR PERLINDUNGAN MATAHARI YANG SESUAI UNTUK KULIT SAYA?

KRITERIA BERIKUT HARUS DIAMBIL KIRA APABILA MEMILIH FAKTOR PERLINDUNGAN MATAHARI YANG BETUL:

  • Berapa lama anda akan berada di bawah sinaran matahari
  • Apakah jenis kulit anda
  • Kedudukan anda ketika berada di bawah sinaran matahari
  • Waktu anda di bawah sinaran matahari

PERLINDUNGAN MENYELURUH: KRIM BERKUALITI LEBIH BERKESAN

Penting: Faktor perlindungan matahari di dalam kebanyakan krim pelindung matahari merujuk kepada perlindungan UVB. Walau bagaimanapun, produk matahari NIVEA juga melindungi anda daripada sinaran UVA. Nisbah yang betul antara perlindungan UVA dan UVB ditetapkan seperti yang disyorkan oleh Kesatuan Eropah. Semua produk matahari NIVEA tentu sekali memenuhi tuntutan nisbah tersebut.

PENAPIS UV

PENAPIS MINERAL

Penapis UV mineral dalam produk perlindungan matahari kebanyakannya terdiri daripada titanium dioksida dan zink oksida. Mekanisme perlindungan penapis UV ini bukan sahaja berasaskan kepada penyerapan cahaya matahari tetapi juga pada kesan fizikal, khususnya pemantulan dan penyebaran cahaya matahari.

PENAPIS KIMIA

Di samping itu, terdapat penapis UV kimia dengan mekanisme perlindungan berdasarkan penyerapan sinaran UV semata-mata. Dalam kes ini, sinaran UV yang berbahaya ditukar kepada tenaga haba. Untuk mencapai perlindungan UVA/UVB yang dikehendaki, penapis UV yang berbeza digabungkan antara satu sama lain untuk mencapai spektrum perlindungan yang optimum. Selain faktor perlindungan matahari yang ingin dicapai, aspek deria dan kriteria lain seperti rintangan air juga memainkan peranan dalam memilih penapis yang betul.

MENGELAKKAN KEROSAKAN DNA

Sinaran UVA tidak menyebabkan sebarang gejala yang menyakitkan pada kulit, tetapi ia menembus jauh ke dalam sel-sel dermis. Ia merangsang pembentukan radikal bebas dan boleh merosakkan sel dan DNA dalam jangka panjang. Sinaran UVB 'hanya' menembusi epidermis. Ia bertanggungjawab menyebabkan kulit menjadi gelap. Malah ia punca utama kepada masalah kulit seperti selaran matahari dan kanser kulit. Memandangkan ia boleh merosakkan DNA secara langsung, ia juga boleh mengakibatkan kanser kulit. Menggunakan produk perlindungan matahari membantu melindungi kita daripada kesan negatif sinaran UVA/UVB.
Faktor perlindungan matahari yang tinggi menawarkan perlindungan daripada sinaran UV yang lebih baik berbanding faktor yang lebih rendah.

SAWO MATANG SEMULAJADI, TAHAN LAMA

Jika anda melindungi diri anda dengan faktor perlindungan matahari yang tinggi, kulit anda juga akan mengambil masa yang lebih lama untuk mendapat kulit sawo matang secara semulajadi. Namun, ini bermakna ia kurang berisiko dan oleh itu, lebih sihat. Malah, kulit sawo matang anda akan bertahan lebih lama.
  

Berita menarik: NIVEA SUN telah mencipta produk baharu yang mengaktifkan kulit tan dengan semulajadi: siri NIVEA® SUN Protect & Bronze mengandungi ekstrak tumbuhan semulajadi yang mengaktifkan pengeluaran melanin kulit. Melanin dihasilkan secara semulajadi dan bertanggungjawab untuk melindungi dan menjadikan kulit gelap atau tan. Hasilnya: tan kelihatan tulen dan tahan lama.


APA ITU SPF?

APAKAH SEBENARNYA MAKSUD SPF DALAM PELINDUNG MATAHARI?

Pernahkah terfikir apa maksud SPF dan pelbagai nombor pada botol pelindung matahari? Selidiki ilmu di sebalik produk pelindung matahari untuk mengetahui cara menjaga kulit semasa bergembira menikmati matahari.