APAKAH JENIS KULIT ANDA?


SEGALANYA YANG ANDA PATUT TAHU MENGENAI PENJAGAAN WAJAH ANDA

Kulit kombinasi atau kulit kering? Kulit normal, kecelaan kulit atau kulit sensitif? Setiap jenis kulit mempunyai ciri-ciri yang berbeza. Anda boleh temui semua maklumat penting di sini untuk membolehkan anda mengetahui jenis kulit anda.

PENJAGAAN KULIT BERGANTUNG PADA JENIS KULIT ANDA!

Penting untuk mengetahui jenis kulit sendiri supaya anda boleh mengoptimumkan penjagaan kulit anda. Ini tidak selalunya mudah kerana jenis kulit setiap orang berbeza dan berubah mengikut peredaran masa. Walau bagaimanapun, kulit boleh dikategorikan kepada lima jenis. Ketahui jenis kulit anda!

JENIS KULIT 1: KOMBINASI

Kulit kombinasi diambil namanya dari gabungan dua jenis kulit: kulit normal dan kering dan juga kulit berminyak serta mempunyai cela. Kulit kombinasi berkilat dan cenderung untuk menghasilkan tompok kecil, terutama pada bahagian yang dikenali sebagai zon-T, di antara dahi, hidung dan dagu. Manakala, bahagian pipi adalah normal sehingga kering. Pilih produk penjagaan yang boleh disesuaikan dengan jenis kulit anda untuk menggalakkan pemulihan keseimbangan kelembapan kulit.

Inilah ciri-ciri kulit kombinasi:

  • Berkilat dan berminyak
  • Kekotoran terkumpul di zon-T
  • Bahagian pipi lebih kering
 

ZON-T ANDA PERLUKAN PERHATIAN KHUSUS

TIP UNTUK JENIS KULIT KOMBINASI

  • Bersihkan kulit anda dengan cermat sebelum menggunakan produk penjagaan muka.
  • Guna air suam dan bukan air panas atau ais sejuk.
  • Gunakan pelembap secara teratur - kuantiti bersaiz kacang hazel sudah mencukupi!
  • Pilih produk yang sesuai untuk jenis kulit kombinasi.

JENIS KULIT 2: KERING

Adakah kulit anda kelihatan kasar dan mengelupas? Kulit kering boleh terjadi disebabkan oleh kekurangan kelembapan dan lipid - iaitu lemak. Oleh itu, ia kurang elastik, tegang dan dalam banyak kes, cenderung untuk rasa gatal. Ia bertindak balas terhadap pengaruh alam sekitar dan menjadi gatal. Dengan krim penjagaan khas, anda boleh memulihkan kelembapan dan menguatkan pelindung kulit anda.

Inilah ciri-ciri kulit kering:

  • tegang dan cenderung untuk rasa gatal
  • kelihatan kasar dan mengelupas
  • bertindak balas dengan cepat terhadap faktor luaran seperti perubahan suhu.

KESEIMBANGAN KELEMBAPAN KULIT ADALAH PENTING

TIP UNTUK KULIT KERING

  • Anda boleh merawat kulit anda dari dalam dengan diet yang sihat. Minum 2 liter air setiap hari.
  • Krim harian dengan faktor perlindungan matahari (SPF) melindungi kulit anda daripada sinaran UV.
  • Serum adalah produk tambahan yang efektif untuk penjagaan tahap pelembapan kulit anda.
  • Produk penjagaan dengan minyak semula jadi boleh merehatkan kulit anda.

KULIT JENIS 3: NORMAL

Anjal dan lembut, pori halus dan kulit kelihatan sihat: jika itu yang anda nampak apabila melihat cermin, maka anda mempunyai kulit normal. Malah, jika sekali sekala anda culas dalam penjagaan kulit, ia tidak begitu memudaratkan. Walau bagaimanapun, untuk mengekalkan penampilan yang sihat, kulit nromal masih memerlukan kelembapan dan perlindungan. Mulakan rutin penjagaan diri anda!

Inilah ciri-ciri kulit normal: 
  • lembut, liang pori halus, tidak bermasalah
  • kulit kelihatan kemerah-merahan sihat
  • peredaran darah yang baik dan lancar

KULIT ANDA MENGGEMARI RUTIN PENJAGAAN

TIP UNTUK KULIT NORMAL

  • Penjagaan kulit siang dan malam yang teratur memastikan kulit anda segar.
  • Sental dengan lembut boleh menghilangkan kekotoran dan sel-sel kulit mati.
  • Mengurut muka secara perlahan-lahan menggunakan krim muka akan meningkatkan peredaran darah pada kulit anda.
  • Penjagaan mata: Mata yang cantik memberi seri di wajah anda

RUTIN PENJAGAAN? SEMUANYA BERGANTUNG KEPADA JENIS KULIT ANDA!

Jenis kulit yang berbeza memerlukan menuntut perhatian yang berbeza. Terdapat jenis kulit yang memerlukan lebih banyak penjagaan dan perhatian daripada yang lain. Ini termasuk, sebagai contoh; kulit bermasalah dan sensitif

KULIT JENIS 5: SENSITIF

Kulit sensitif bertindak balas dengan mudah kepada faktor luaran seperti stres, udara kering daripada sistem pemanasan atau sinaran UV. Sekiranya kulit hilang keseimbangan, ia terasa tegang, gatal dan kering serta bertukar kemerahan-merahan. Oleh itu, kulit sensitif memerlukan penjagaan khas tambahan untuk meredakan dan menguatkan lapisan pelindungan dan pada masa yang sama, menjadikannya lebih berdaya tahan.

Inilah ciri-ciri kulit normal:

  • sensitif terhadap faktor luaran
  • tegang dan terasa gatal
  • selalunya kemerah-merahan.

REHAT ADALAH KEPERLUAN YANG PENTING UNTUK KULIT SENSITIF

TIP UNTUK KULIT SENSITIF

  • Pilih krim yang memberi perlindungan terhadap pengaruh luaran yang merbahaya.
  • Lap muka secara perlahan-lahan dengan tuala selepas membersihkannya. Jangan menggosoknya dengan kuat.
  • Pilih produk tanpa pewangi: wangian boleh menyebabkan kegatalan padai kulit.
  • Beri perhatian kepada diet anda - makanan berempah adalah tidak baik untuk kulit anda.

JENIS KULIT 4: KECELAAN KULIT

Kulit bermasalah cenderung menghasilkan lebih banyak sebum daripada yang diperlukan. Kecenderungan genetik, stres dan ketidakseimbangan hormon antara puncanya. Kesannya: bintik hitam ("blackheads") dan jerawat akan timbul. Keseimbangan semula jadi kulit anda boleh dikawal dengan produk penjagaan khusus untuk pembersihan antibakteria.

Inilah ciri-ciri kulit bermasalah: 

  • berliang besar
  • berkilat
  • cenderung untuk mengumpul kekotoran.

MASA BERHIBUR: PENJAGAAN MUDAH

TIP UNTUK KECELAAN KULIT

  • Penting untuk anda menanggalkan solekan pada waktu malam, kerana liang-liang pori boleh tersumbat semasa tidur
  • Rawat kulit anda dengan scrub dan masker muka seminggu sekali.
  • Jangan picit bintik hitam ("blackheads") atau jerawat!
  • Krim siang matte akan mengurangkan muka berkilat yang mengganggu penampilan anda.

KEKALKAN PENAMPILAN MUDA ANDA!

Apabila anda semakin berusia, keperluan kulit juga berubah. Banyak faktor luaran mempengaruhi proses penuaan dan sel-sel kulit tidak aktif juga menyumbang kepada masalah ini. Dengan penjagaan yang betul, anda boleh mengekalkan penampilan muda anda lebih lama.

JENIS KULIT 6: MATANG

Apabila kita semakin berusia, banyak proses berlainan yang mengubah penampilan, struktur dan aktiviti yang terjadi dalam kulit. Ini termasuk pengurangan aktiviti pengeluaran sel di mana penjanaan semula lebih perlahan, pengeluaran kolagen yang lebih rendah atau kerosakan yang disebabkan oleh sinaran UV. Kulit matang kekurangan kelembapan dan keanjalan. Walau bagaimanapun, dengan produk penjagaan yang inovatif, anda boleh mengurangkan garis, kedutan dan bintik-bintik pigmentasi.

Ini adalah ciri-ciri kulit matang: 

  • kurang anjal
  • tidak lembap
  • kelihatan garis halus, kedutan atau bintik pigmentasi.

KULIT MATANG MEMERLUKAN SOKONGAN ANDA!

PETUA UNTUK KULIT MATANG

  • Pastikan anda menggunakan pelindung matahari yang mencukupi: sinaran UV yang terlalu banyak akan menyebabkan kulit anda menua lebih awal.
  • Gunakan krim penjagaan mata khas: garis halus di sekeliling mata antara yang terawal akan muncul.
  • Gunakan masker pelembap dengan minyak berkualiti tinggi untuk memelihara kulit anda.
  • Pilih krim yang membantupertumbuhan semula sel kulit anda.