APA ITU BAU BADAN?

Bau badan boleh menjadi punca rasa malu yang teramat sangat jika tidak ditangani. Seperti perkara lain, apabila anda memahami punca bau badan, adalah lebih mudah untuk mencari cara terbaik untuk mengatasinya.

APA ITU BAU BADAN?

Sebelum sampai ke permukaan kulit, peluh anda sebenarnya tidak berbau. Namun, sebab anda mungkin menyedari bau badan yang tidak menyenangkan ketika berpeluh adalah kerana bakteria.

Apabila peluh dari kelenjar peluh apokrin anda sampai ke permukaan kulit, ia bertindak balas dengan bakteria kulit yang normal dan mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan.

APA PERBEZAAN ANTARA KELENJAR PELUH EKRIN DAN APOKRIN?

Perbezaan utama antara dua jenis kelenjar peluh dalam badan anda adalah jenis peluh yang dihasilkan:

KELENJAR PELUH APOKRIN

Peluh yang dirembeskan dari kelenjar peluh apokrin anda berwarna putih susu dan mengandungi tahap lemak dan protein yang tinggi.

Bakteria biasa pada kulit anda amat menyukai peluh ini dan apabila bakteria memakan dan menguraikannya, proses tersebut menghasilkan bau peluh yang dikenali dan tidak menyenangkan.

Hormon dan situasi tertekan anda mencetuskan penghasilan peluh dalam kelenjar apokrin anda.

KELENJAR PELUH EKRIN

Kelenjar ekrin anda merembeskan peluh yang lebih jernih dan cair. Jenis peluh ini tidak mempengaruhi bau badan sama sekali.

Anda mempunyai berjuta-juta kelenjar peluh ekrin di seluruh badan anda dan peluh yang dirembeskannya membantu mengawal suhu badan anda dalam cuaca panas dan semasa bersenam.

Sentiasa baca label. Ikut arahan penggunaan.