Soalan Mengenai Penjagaan Bibir?

Cari jawapan kepada soalan lazim anda di sini.

1. Mengapa saya memerlukan penjagaan khas untuk bibir? 

Kulit bibir adalah sangat nipis dan sensitif. Bibir hanya mempunyai lapisan nipis untuk melindunginya daripada pengaruh iritasi luaran. Produk penjagaan bibir dapat memelihara keadaan kulit yang sihat pada bibir. Oleh itu, ia adalah penting untuk mengekalkan tahap kelembapan pada bibir dan melindungi bibir anda daripada pengaruh luaran seperti kesejukkan, angin dan sinaran UV. Untuk melindungi bibir, anda harus menjaganya sepanjang hari, bukan hanya apabila anda meninggalkan rumah. Musim sejuk, khususnya boleh mengeringkan bibir anda, dan begitu juga dengan cuaca panas apabila anda berada dalam persekitaran berhawa dingin. 

2. Adakah risiko menjadi ketagihan kepada produk penjagaan bibir apabila kerap digunakan? 

Tiada bukti saintifik bahawa penggunaan produk penjagaan bibir boleh menyebabkan ketagihan. Lipid yang digunakan pada luaran tidak mempengaruhi pengeluaran lipid endogen pada kulit. Walau bagaimanapun, jika hanya jumlah lipid yang rendah dihasilkan, produk penjagaan bibir mungkin perlu digunakan beberapa kali sehari, terutamanya pada musim sejuk kerana suhu rendah dan kelembapan udara yang rendah. Bibir yang dijaga secara teratur akan kekal lembut. 

3. Bibir saya merekah - apa yang boleh saya lakukan? 

Jika bibir anda kering dan merekah, ia adalah penting untuk mengambil tindakan segera. Cara terbaik adalah untuk menggunakan produk yang boleh melegakan kekeringan dan membantu memulihara bibir serta menyokong proses penyembuhan seperti menggunakan rangkaian penjagaan Bibir NIVEA.


4. Bolehkah bibir mendapat selaran matahari (
sunburn)?


Pigmen semulajadi pada kulit membantu kulit menapis sinaran UV berbahaya. Malangnya kulit bibir hampir tidak mengandungi melanin. Oleh itu, di bawah cahaya matahari langsung, bibir harus sentiasa dilindungi dengan produk yang mempunyai SPF. Sesetengah produk Penjagaan Bibir NIVEA mengandungi SPF15. Kami syorkan faktor perlindungan yang lebih tinggi jika anda berada di pantai atau di kawasan pergunungan. Jangan lupa: Sinaran UV masih boleh menjejaskan bibir anda walaupun pada cuaca mendung. 


Soalan lanjut?

Sila hubungi kami menggunakan borang hubungan dalam talian kami.