Soalan Mengenai Penjagaan Wajah?

Cari jawapan kepada soalan lazim anda di sini.

1. Mengapakah kelembapan sangat penting untuk kulit muka?

Kelembapan/ Air memainkan peranan penting untuk kulit kelihatan sihat. Lapisan luar kulit mengandungi kira-kira 10% hingga 30% air, manakala lapisan yang lebih dalam mengandungi lebih banyak lagi. Kulit yang mempunyai keseimbangan kelembapan optimum, adalah anjal dan licin serta mempunyai fungsi penghalang yang utuh. Kelembapan yang tidak mencukupi boleh mengakibatkan kulit kasar dan kusam. Kulit kering juga boleh kehilangan keanjalannya dan keretakan mikro-kecil yang boleh menyebabkan fungsi penghalang terjejas. Disebabkan ini, kelembapan sangat penting untuk kulit yang kelihatan sihat dan seimbang. Produk penjagaan kulit muka NIVEA membantu melembapkan dan menyuburkan kulit anda. 

2. Apakah penjagaan yang berkesan untuk kulit muka kering?

Cara terbaik untuk menjaga kulit kering adalah keseimbangan yang baik antara pembersihan ringan dan penjagaan yang melembapkan dan menyuburkan. Produk NIVEA untuk kulit kering dirumus khas untuk memenuhi keperluan tersebut. Anda boleh mendapatkan cadangan jenis kulit pada produk. Produk pembersih NIVEA untuk kulit kering dengan lembut dan menyeluruh menanggalkan solekan dan kekotoran. Pada masa yang sama ia adalah ringan, mmemberi keseimbangan kelembapan kulit. Produk NIVEA Care membekalkan kulit dengan kelembapan intensif dan lipid. Ia membantu melindungi penghalang semulajadi kulit dan membantu mencegah kehilangan kelembapan dan menyuburkan kulit untuk kulit kelihatan licin dan sihat. NIVEA juga menawarkan produk khas untuk jenis kulit dan keperluan yang berbeza.

3. Apakah faktor yang boleh menyebabkan kulit muka kering?

Lapisan luar kulit (Stratum Corneum) dilitupi oleh filem hidro-lipid. Gabungan ini membentuk penghalang pelindung yang bertanggungjawab untuk melindungi daripada jangkitan bakteria serta mengekalkan keseimbangan kelembapan kulit. Kerosakan pada penghalang ini boleh menyebabkan dehidrasi kulit. Kedua-dua, faktor luaran dan dalaman, boleh mengakibatkan kulit kering. Faktor luaran ialah pengaruh iklim, seperti angin, udara yang dipanaskan, kelembapan udara yang rendah, suhu tinggi dan rendah, serta sinaran UV. Tabiat peribadi juga memainkan peranan yang penting, contohnya penggunaan produk pembersihan yang agresif secara berlebihan, ubat-ubatan, tekanan, pengambilan air yang tidak mencukupi dan tabiat pemakanan tertentu. Selain itu, faktor dalaman seperti pengaruh hormon, penyakit atau penuaan kulit boleh menjadi punca kulit kering.

4. Mengapa saya perlu menggunakan produk pencuci muka khas?

Pembersihan adalah langkah pertama dalam mengekalkan kecantikan semula jadi dan penampilan kulit yang sihat. Produk pembersih muka NIVEA membersihkan kulit daripada solekan, sebum dan kekotoran, secara lembut tetapi menyeluruh tanpa mengeringkannya atau mengurangkan lapisan pelindung asid. Ia juga mengikuti ciri khusus jenis kulit yang berbeza. Kulit tersedia secara optimum untuk langkah penjagaan susulan. 

5. Apa yang boleh dilakukan terhadap liang besar kulit?

Langkah pertama adalah pembersihan harian untuk mengeluarkan lebihan sebum daripada kulit dengan perbersih muka, diikuti dengan penggunaan toner muka mengikut jenis kulit anda. Selain daripada itu, anda juga boleh menggunakan masker muka pembersihan mendalam atau skrub muka 1-2 kali seminggu. Produk pelembap ringan adalah disyorkan.

6. Berapa kerapkah saya perlu menggunakan produk pengelupasan pada kulit saya?

Untuk kulit normal, kombinasi atau berjerawat, skrub muka boleh digunakan 1-2 kali seminggu untuk meningkatkan kesan pembersihan produk pencuci muka. Dengan produk pencuci NIVEA, sebum dan kekotoran akan dicuci dengan lembut tetapi secara menyeluruh dan sel-sel kulit mati akan dibuang. NIVEA menawarkan produk pengelupasan khas seperti NIVEA Rice Scrub. Mereka yang mempunyai kulit sensitif tidak boleh menggunakan produk pengelupasan terlalu kerap dan perlu memastikan bahawa produk itu sesuai secara khusus untuk jenis kulit sensitif.

7. Apakah faedah menggunakan toner sebagai tambahan kepada pembersihan muka saya?

Produk pembersih membersihkan kulit secara lembut tetapi menyeluruh daripada solekan, sebum dan kekotoran. Air Micellar baharu, sebagai tambahan, membantu untuk menanggalkan maskara larut air dengan lembut. Toner terutamanya membantu membersihkan kulit muka. Ia menghapuskan sisa-sisa yang masih ada, menyegarkan dan melembap kulit anda.  Secara keseluruhan, ia memberi kulit anda rasa kulit kesegaran yang mendalam dan sensasi.

8. Apakah faedah menggunakan produk penjagaan mata khas di sekeliling mata saya?

Ciri kulit di sekeliling mata anda berbeza berbanding dengan bahagian kulit muka yang lain. Kulit di sekeliling dan di bawah mata sangat nipis dan mempunyai tisu lemak subkutan yang lebih lemah. Ia sangat sensitif dan bertindak balas dengan perubahan dalam badan, terutamanya perubahan yang berkaitan dengan pengekalan atau pengagihan air. Disebabkan oleh kepekaan ini, hasil perubahan tersebut mula-mula dapat dilihat di kawasan sekitar mata dalam bentuk contohnya lingkaran hitam atau garis-garis halus. Produk Penjagaan Mata NIVEA, , sangat lembut, bebas wangian dan membantu mengurangkan penampilan kedutan dan meminimumkan lingkaran gelap bawah mata untuk memberikan anda kulit yang lebih licin dan berseri.

9. Mengapakah krim malam khas perlu digunakan pada waktu malam?

Pada waktu petang dan malam, apabila kulit lebih santai, proses regenerasi pembahagian sel semakin cepat. Atas sebab ini, sokongan proses penjanaan semula adalah fungsi terpenting untuk produk malam serta memberikan kelembapan dan penjagaan. Oleh itu, pada waktu petang dan malam, kita harus mengambil peluang untuk menyediakan kulit dengan krim yang sesuai dengan kulit. Sebagai tambahan kepada kesan penjanaan semula yang lebih besar bagi produk penjagaan malam, komposisinya berbeza daripada produk penjagaan siang kerana ia tidak memberi perlindungan UV tambahan, yang tidak diperlukan pada waktu malam.

10. Apakah yang menyebabkan kulit saya menua lebih awal?

Terdapat pelbagai sebab yang mempengaruhi penuaan pramatang. Faktor yang paling penting adalah sinaran UV dalam cahaya matahari. Namun, pengaruh luaran yang lain seperti gaya hidup yang tidak sihat atau tekanan psikologi boleh memberi menyebabkan penuaan pramatang. Faktor-faktor ini mencetuskan peningkatan pembentukan radikal bebas dalam kulit yang menjadi punca utama penuaan kulit pramatang. 

11. Patutkah penjagaan harian mempunyai ciri perlindungan matahari?

Faktor tekanan utama untuk penuaan pramatang kulit anda adalah sinaran UV dalam cahaya matahari. Oleh itu, produk Penjagaan Muka NIVEA dengan penapis UV boleh membantu mengurangkan pengaruh cahaya UV pada kulit wajah anda. Secara umumnya, kegunaan utama pelembap adalah meningkatkan kandungan lembapan pada kulit yang akan menjadikan kulit kelihatan lebih segar dan lebih santai. Pelembap yang mengandungi penapis UV, juga melindungi kulit daripada sinaran UVA/UVB. Oleh kerana tahap perlindungan berbeza-beza untuk produk Penjagaan Muka NIVEA yang berbeza, sentiasa semak pek untuk mengetahui SPF tepat produk pilihan anda, terutama sekali sekiranya anda memerlukan produk penjagaan matahari khas, contohnya semasa berjemur atau berenang di bawah sinar matahari yang intensif,

12. Adakah perlu menggunakan rangkaian penjagaan kulit yang berbeza pada musim panas dan pada musim sejuk?

Keadaan kulit muka boleh berbeza-beza bergantung pada perubahan musim. Pada musim sejuk, kulit biasanya lebih kering berbanding musim panas. Walaupun jenis kulit boleh berbeza-beza sepanjang tahun, perubahan dalam kulit boleh berlaku dalam tahap kecil atau besar. Jika anda menjumpai rangkaian penjagaan kulit yang menjaga kulit wajah anda secara optimum sepanjang tahun, anda tidak perlu beralih kepada rangkaian produk lain. Namun begitu, jika anda merasakan kulit anda tidak mempunyai kelembapan yang mencukupi, anda perlu menggunakan produk yang lebih melembapkan pada musim sejuk. 

13. Apakah maksud 'non-comedogenic'?

Produk dipanggil "non-comedogenic" apabila ia terbukti tidak menyekat liang-liang yang boleh berkembang menjadi komedo. Banyak faktor boleh memainkan peranan dalam pembentukan bintik hitam. Salah satu faktor adalah sebum berlebihan yang membawa kepada penyumbatan kelenjar sebum dan dengan itu merangsang kulit untuk membentuk bintik hitam. Produk pembersihan dan penjagaan kulit bukan komedogenik adalah khusus untuk kulit yang terdedah (terutamanya kulit berminyak dan kombinasi).

 


Soalan lanjut?

Sila hubungi kami menggunakan borang hubungan dalam talian kami.
product-stage-bg